PETALING JAYA 26 Sept. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan
seramai 152,000 pencarum yang akan bersara wajib tahun ini memiliki simpanan
persaraan kurang daripada RM50,000. Jumlah simpanan itu adalah
di bawah paras caruman minimum yang disasarkan kerajaan iaitu sebanyak
RM120,000. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya
turut mendapati golongan pencarum tidak aktif berusia 54 tahun yang mempunyai
baki simpanan purata serendah RM23,000.
Katanya, jumlah simpanan yang rendah itu dikhuatiri menyebabkan individu
terbabit akan hidup di bawah paras kemiskinan apabila bersara.
Katanya, hanya 17 peratus daripada pencarum kumpulan ini
mempunyai simpanan di dalam KWSP melebihi RM100,000 sewaktu bersara nanti.
”Selain itu, ramai juga pencarum yang membelanjakan wang persaraan
terlalu cepat sehingga menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan
dalam tempoh yang singkat,” ujarnya.
Tambah Azlan, dalam kajian KWSP pada 2003, pihaknya mendapati sebanyak 14
peratus daripada pencarum menghabiskan simpanan dalam tempoh tiga tahun selepas
persaraan.
Katanya, sebanyak 50 peratus pencarum lagi didapati menghabiskan
simpanan dalam tempoh lima tahun dan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun.
”Kadar purata jangka hayat penduduk Malaysia dijangka terus meningkat
sehingga 75 tahun berbanding 60 tahun. ”Sehubungan itu, setiap individu perlu
mempunyai caruman dalam tempoh 20 tahun sewaktu dalam tempoh perkhidmatan,”
ujarnya.
Sebarang pertanyaan anda boleh di ajukan kepada Prudential BSN Takaful Agent Anda
Mohd Harith Bin Hasim
Unit Manager 2
012-6345664
Nurliza Binti Md Sanusi
Perancang Kewangan
012-6635163
Mohd Harith Bin Hasim
Unit Manager 2
012-6345664
Nurliza Binti Md Sanusi
Perancang Kewangan
012-6635163
emailkan pertanyaan anda kepada kami di
prubsn.takaful@yahoo.com atau klik link di bawah
0 comments:
Post a Comment